
SARAJEVO – Empat anggota pasukan Tentera Kesatuan Eropah(EUFOR) warga Itali terbunuh dan 11 lagi cedera apabila sebuah helikopter tentera Itali terhempas ketika dalam operasi latihan semalam.
EUFOR menyatakan, helikopter Chinook CH-47 itu terhempas semasa ‘misi rutin’ di wilayah Brcko, kira-kira 180 kilometer ke utara Sarajevo.
“Terdapat 15 orang di dalam helikopter. Tiga orang maut dalam nahas.
“12 mangsa telah dihantar ke hospital kami. Malang sekali, individu keempat meninggal dunia akibat kecederaan,” kata jurucakap hospital Brcko, Salih Ibrahimbegovic.
Kementerian Pertahanan Itali berkata, mangsa yang terkorban terdiri daripada dua orang askar dan dua relawan Palang Merah.Punca nahas masih disiasat. – AFP
The post Helikopter tentera EU terhempas di Bosnia appeared first on Kosmo Online.





