Heliza Helmi mohon maaf sembang ‘kacip’, luah tak sabar menanti kepulangan ‘ibu bapa online’

LocalEntertainment
11 Oct 2025 • 9:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memaklumkan bahawa dirinya kini sedang mengambil sedikit masa untuk berehat daripada media sosial bagi menenangkan fikiran selepas melalui pelbagai pengalaman emosi kebelakangan ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Heliza berkata dia sedang merehatkan diri dengan membaca perkongsian daripada pengguna lain di platform tersebut.

“Maaflah kakja (Heliza) sedang rehatkan diri dengan masuk ke thread-thread korang.
“Harap tak mengganggu kehidupan normal kalian,” tulisnya.

image is not available

Heliza Helmi mohon maaf sembang ‘kacip

Dalam masa sama, Heliza turut meluahkan rasa rindu dan tidak sabar menanti kepulangan pasangan aktivis kemanusiaan yang digelar ‘ibu bapa online’.

“Apapun, tak sabar nak tunggu kepulangan ibu ayah online kita dan tak sabar nak peluk ibu ayah anak-anak di Gaza,” katanya dengan penuh sebak.

image is not available

image is not available

Sejak semalam, nama Heliza menjadi bualan ramai apabila dilihat sangat aktif meninggalkan komen di platform tersebut.

image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, Heliza antara 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla bagi memecahkan sekatan dibuat rejim terhadap Palestin.

Bagaimanapun, ketika pelayaran ke Gaza, kapal mereka dipintas tentera Israel dan ditahan selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan bantuan kerajaan Turkiye.

Sumber: Threads nurhelizahelmi