
JAKARTA – Perbuatan mencuri pakaian yang sedang dijemur di ampaian sebuah rumah sewa di kawasan Malalayang, Manado dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan tular di media sosial, lapor laman berita radar kediri.
Menerusi rakaman yang tular di media sosial tempatan, seorang lelaki dilihat tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal sebelum melarikan beberapa helai pakaian milik penghuni rumah.
Kejadian berlaku pada waktu siang ketika suasana di kawasan sekitar agak sunyi.
Suspek kemudian meninggalkan lokasi sebaik mengambil pakaian di ampaian.
Pemilik rumah sewa itu menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung identiti suspek atau motosikal yang digunakan agar segera tampil membantu menyalurkan maklumat.
Setakat ini, identiti suspek dan tindakan lanjut pihak berkuasa tempatan masih belum dapat dipastikan. – AGENSI
The post Hendak buat apa ‘rembat’ pakaian di jemuran? appeared first on Kosmo Digital.





