Akak ‘Kepala Hotak Kau’ Bukan Staff Universiti Teknologi Malaysia, Pertimbang Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang

5 Sep 2026 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tampil memberi penjelasan berhubung satu poster yang tular di media sosial selepas mendapati bahan berkenaan telah diubah suai dan menggunakan identiti universiti.

Menerusi kenyataan rasmi bertarikh 4 September 2026, UTM menjelaskan bahawa individu yang sebelum ini tular di media sosial dipaparkan dalam poster tular tersebut bukan staf universiti dan bukan individu yang dinamakan dalam poster asal UTM.

Advertisement

k

“Individu yang dipaparkan dalam poster tular tersebut bukan staf UTM dan bukan individu yang dinamakan dalam poster asal UTM.”

Pihak universiti turut memandang serius tindakan memanipulasi atau menyalahgunakan bahan komunikasi, logo serta identiti rasmi UTM.

Menurut UTM, penyalahgunaan berkenaan berpotensi mengelirukan orang ramai selain menjejaskan reputasi staf dan institusi.

UTM

Universiti itu juga menegaskan bahawa tindakan sewajarnya, termasuk tindakan undang-undang, tidak akan teragak-agak diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab.

Orang ramai pada masa sama diminta menghentikan penyebaran poster yang telah diubah suai tersebut dan hanya merujuk kepada saluran rasmi UTM bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Semakan pada laman rasmi UTM turut menunjukkan penggunaan logo universiti oleh pihak ketiga memerlukan kelulusan, manakala bahan yang menggunakan identiti UTM tertakluk kepada garis panduan identiti korporat universiti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

Image from: Akak ‘Kepala Hotak Kau’ Bukan Staff Universiti Teknologi Malaysia, Pertimbang Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang2026-09-04 10:55:49

"Siap Suruh Menangis" - Program Bersamamu Didakwa Hanya 'Wayang', Bekas Wartawan Tampil Jelaskan

The post Akak ‘Kepala Hotak Kau’ Bukan Staff Universiti Teknologi Malaysia, Pertimbang Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved