Hendak gugur jantung, Hannah terbuka beraksi bersama Awie sekali lagi

Entertainment
2 Oct 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hendak gugur jantung, Hannah terbuka beraksi bersama Awie sekali lagi

KUALA LUMPUR: Selepas beraksi bersama Datuk Awie di Konsert Rock King – Last Man Standing 2026, penyanyi dan pelakon, Hannah Delisha tidak menolak peluang sekiranya mempunyai rezeki mempunyai projek duet bersama di masa hadapan.

Bagaimanapun, Hannah tidak menafikan fokusnya banyak tertumpu kepada bidang lakonan kerana tidak mempunyai pengurusan yang mengatur kerjayanya sebagai penyanyi.

“Setakat ini belum ada perbincangan rasmi untuk lagu duet bersama Awie, tetapi insya-Allah jika ada peluang, saya sedia mempertimbangkan.

“Bidang nyanyian ini agak mencabar bagi saya sekarang kerana saya tiada pengurusan khusus yang boleh fokus mempromosikan lagu-lagu saya,” katanya ketika ditemui semasa sidang media drama Dia Perempuan Sialan, di sini, baru-baru ini.

Mengimbau kembali kenangannya bernyanyi di hadapan 20,000 penonton baru-baru ini, Hanna berkata itu adalah persembahan nyanyian keduanya bersama Awie selepas sebuah konsert di Singapura, Aku Awie- El Divo in Singapore tiga bulan lalu.

“Ini sebenarnya kali kedua saya berpeluang bekerjasama dengan Datuk Awie. Sejujurnya, ia adalah sesuatu yang sangat tidak dijangka dan tiada dalam perancangan pun. Saya anggap ini semua aturan Allah.

“Apabila mendapat tawaran daripada seorang legenda seperti beliau, bagaimana mungkin saya mahu kata tidak? Walaupun pada mulanya agak bimbang dengan jadual lakonan yang padat, namun alhamdulillah, pihak produksi dapat mengaturkan waktu dengan baik.

“Dengar ceritanya, Datuk Awie memang sedang mencari penyanyi yang boleh berlakon dan berasal dari Singapura. Apabila dimaklumkan tentang kriteria itu dan nama saya dipetik, saya terus bersetuju untuk memberikan komitmen,” jelasnya.

Mengulas pengalaman menyanyi di hadapan kira-kira 20,000 penonton bulan lalu, Hannah tidak menafikan perasaan gugup menyelubungi dirinya memandangkan dia sudah lama tidak beraksi bernyanyi di hadapan khalayak.

“Bayangkan, jantung saya rasa macam nak gugur apabila perlu menyanyi di depan khalayak seramai itu. Saya bukannya selalu buat persembahan pentas.

“Namun, dengan sesi latihan yang mencukupi serta kepercayaan yang diberikan oleh Datuk Awie, saya cuba buat yang terbaik. Beliau seorang yang sangat merendah diri (tawadhu) dan sangat memudahkan urusan kerja sepanjang kami bekerjasama,” tambahnya.

Terdahulu, semasa persembahan Awie Rock King: Last Man Standing di Stadium Merdeka, Hannah menyanyikan dua buah lagu duet bersama Awie iaitu Halaman Asmara dan Kita Permata.

The post Hendak gugur jantung, Hannah terbuka beraksi bersama Awie sekali lagi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved