Henti perbuatan sambungan haram: Sabah Electricity

5 Jan 2025 • 3:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Sabah Electricity menggesa orang ramai, khususnya penduduk yang tinggal di kawasan penempatan setinggan, untuk tidak melakukan penyambungan elektrik secara tidak sah.

Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan si pelaku tetapi orang awam yang tinggal atau berada di persekitaran kawasan di mana penyambungan haram dipasang.

AdvertisementKetua Pegawai Operasi, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata Sabah Electricity telah melaksanakan ratusan operasi membanteras aktiviti penyambungan haram di kawasan penempatan setinggan untuk mengekang dan mengawal aktiviti tersebut.

“Penyambungan elektrik secara haram dan tidak selamat memberi risiko keselamatan seperti kebakaran akibat litar pintas serta terkena renjatan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mengulas kejadian renjatan elektrik yang berlaku ke atas seorang lelaki dewasa di Jalan Lorong Kuala Neutron pada malam Khamis, beliau berkata pasukan teknikal Sabah Electricity tiba di lokasi kejadian setelah menerima aduan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.30 malam

“Bekalan elektrik di kawasan tersebut dimatikan untuk memberi laluan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah melakukan kerja mengalih mangsa,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sambungan haram pada peti pembekal ke lokasi kejadian yang menyebabkan renjatan ke atas mangsa.

Kerja-kerja memotong sambungan haram tersebut dilaksanakan dan bekalan elektrik ke kawasan tersebut disambung semula pada jam 12.58 pagi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sabah Electricity turut menyeru orang ramai untuk melaporkan perkara berkaitan melalui Careline Sabah Electricity 15444, 088-515000 atau melalui aplikasi WhatsApp 019-8525427.