“10 hari belayar naik bot”- 196 Etnik Rohingya Ditahan Lepas Mendarat di Pantai Teluk Yu, Langkawi

4 Jan 2025 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seramai 196 orang etnik Rohingya dilaporkan telah ditahan pada awal pagi semalam selepas mereka mendarat di perairan negara iaitu di Pantai Teluk Yu, Langkawi, Kedah.

Menurut laporan Astro AWANI, orang awam telah memaklumkan kepada polis bahawa terdapat ramai warga asing yang mendarat di kawasan pantai tersebut sekitar jam 3 pagi.

Difahamkan, kesemua warga asing itu telah menaiki bot dari Myanmar untuk sampai ke negara ini.

Menurut pihak polis, selain puluhan lelaki dan wanita, 71 kanak-kanak perempuan dan lelaki Rohingya turut ditahan.

image is not available

Difahamkan, warga etnik Rohingya itu menaiki bot dari Myanmar selama 10 hari sebelum sampai ke Malaysia.

image is not available

Kesemua warga asing Rohingya yang ditahan itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bahagian Langkawi untuk tindakan selanjutnya.

Susulan kejadian ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengatakan pengawasan di kawasan itu juga semakin diketatkan kerana besar kemungkinan akan ada baki bot lain yang datang untuk menceroboh masuk perairan Malaysia ini.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.