‘Hentikan provokasi, saya mahu besarkan anak dengan tenang’

EntertainmentFamily & Parenting
28 Jul 2026 • 11:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Hentikan provokasi, saya mahu besarkan anak dengan tenang’

PETALING JAYA – “Tolong jangan ganggu saya lagi.”

Itu rayuan pelakon dan usahawan sensasi, Nur Fazura yang ingin menjalani kehidupan tenang bersama puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisha.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, sebagai ibu tunggal, dia mahu membesarkan anaknya dalam keadaan mental yang sihat.

“Saya ibu tunggal yang bekerja. Saya harus membesarkan anak saya dengan mental yang baik, dengan ketenangan. Tolong jangan ganggu saya lagi. Tolong berhenti sekarang.

“Bukan saya nak minta simpati, ramai lagi ibu tunggal di luar sana. Tapi saya mohon kepada semua, cukuplah.

“Saya sudah lalui terlalu banyak perkara dalam masa dua tahun ini,” katanya sambil mengalirkan air mata dalam sesi siaran langsung dalam akaun TikTok.

Pelakon filem Pisau Cukur itu turut memohon agar peminatnya dan bekas suami iaitu Fattah Amin supaya menerima takdir bahawa antara mereka sudah tiada jodoh.

“Fattah sudah ada kehidupan dan keluarga dia sendiri. Saya juga sudah ada kehidupan saya sendiri. Saya ingin beritahu kepada semua bahawa kami okey.

“Mulai hari ini, cukuplah dengan provokasi, fitnah dan cacian.

“Saya sendiri sudah bertemu dengan Fattah dan kami juga sudah sepakat untuk sama-sama menasihati peminat masing-masing,” jelasnya.

Terdahulu sejak hujung minggu lalu, kedua-dua peminat pelakon itu dilihat sering bertelagah dalam media sosial selepas satu akaun Threads yang menggunakan nama Musang Berjanggut mendakwa Fattah culas membayar yuran sekolah Fatima.

Terkesan dengan tuduhan itu, Fattah tampil mempertahankan diri dengan membalas segala dakwaan tersebut.  – KOSMO! ONLINE

The post ‘Hentikan provokasi, saya mahu besarkan anak dengan tenang’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved