“Jangan Ajak Saya Kahwin” – Ibu Tunggal Tinggal Dalam Kereta Tolak Lamaran Lelaki Mahu Bantu Selesai Hutang

23 Jul 2026 • 2:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular di TikTok kisah seorang ibu tunggal yang tinggal di dalam kereta bersama anak-anak berusia 2 dan 11 tahun.

Dalam perkongsian, ibu tunggal dari Sabah, Nur Syuhada Naquiyyah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengalami ujian seperti perceraian, kehilangan pekerjaan serta dikhianati rakan sekerja.

“Tolong jangan ajak saya kahwin dalam keadaan begini”

Dalam keadaan sedang diuji, ada orang baik yang tampil untuk membantu. Namun wanita ini memohon supaya tidak diberikan syarat supaya berkahwin dengannya.

Image from: “Jangan Ajak Saya Kahwin” – Ibu Tunggal Tinggal Dalam Kereta Tolak Lamaran Lelaki Mahu Bantu Selesai Hutang
Kredit: TikTok

Menurut Nur Syuhada, dia sangat menghargai niat baik lelaki yang mahu membantu, namun nalurinya kuat mengatakan supaya tidak menerima lamaran ketika dirinya berada dalam keadaan terdesak.

Sebab ketika ini saya tiada pilihan, apabila orang tawarkan pertolongan saya tidak tahu niat mereka ikhlas atau tidak. Sebab saya punya firasat kata jangan terima siapa-siapa dalam keadaan macam ini. Jadi saya mintak maaf sangat-sangat, yang mana saya tidak balas. Ada juga mula-mula bagi salam dan mahu tolong saya keluar dari semua masalah dan hutang ini, tetapi kena kahwin.

Dalam hantaran terbaru, Nur Syuhada memaklumkan kini sudah menjumpai rumah sewa yang sesuai. Namun, dia tidak boleh mendedahkan lokasi untuk menjaga privasi dan keselamatan diri.

@syuhadanaquiyyah_93

Thank you

♬ original sound – NUR SYUHADA NAQUIYYAH – NUR SYUHADA NAQUIYYAH

Dia juga mahu mengambil masa untuk bertenang terlebih dahulu dan tidak bersedia untuk menjawab pertanyaan yang bertubi-tubi mengenai kisah hidupnya.

The post “Jangan Ajak Saya Kahwin” – Ibu Tunggal Tinggal Dalam Kereta Tolak Lamaran Lelaki Mahu Bantu Selesai Hutang appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved