Hextar Industries menang kontrak RM138 juta bina kilang, gudang, asrama pekerja industri

LocalBusiness & Finance
3 Jul 2026 • 5:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hextar Industries menang kontrak RM138 juta bina kilang, gudang, asrama pekerja industri Image from: Hextar Industries menang kontrak RM138 juta bina kilang, gudang, asrama pekerja industri amree03/07/2026 - 17:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 JulaiHextar Industries Berhad meraih kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) yang bernilai RM138 juta, bagi sebuah pembangunan industri secara bersepadu.

 

Menurut makluman kumpulan itu kepada Bursa Malaysia, projek tersebut meliputi kawasan seluas 80,929 meter persegi dan diperoleh menerusi anak syarikat milik 70%-nya, Hextar Mitai Sdn Bhd.

 

Subsidiari itu akan melaksanakan kerja-kerja EPC bagi pembangunan dengan keluasan lantai kasar melebihi 101,800 meter persegi dan merangkumi pembinaan tiga kilang pengeluaran serta gudang.

 

"Projek tersebut turut melibatkan pembinaan dua bangunan asrama pekerja selain pelbagai kemudahan sokongan lain bagi memenuhi keperluan pembangunan industri berkenaan," jelas Hextar Industries.

 

Ujar kumpulan tersebut, skop kerja akan merangkumi pembinaan struktur, kemasan seni bina, kerja landskap, pembangunan infrastruktur serta pemasangan bagi sistem mekanikal dan elektrikal (M&E).

 

Hextar Industries_DagangNews2026

 

Projek terbaharu diperoleh berkenaan tambahnya, dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 12 bulan, namun tertakluk kepada pengeluaran sijil penyiapan daripada pihak berkuasa mengikut terma kontrak.

 

Pengarah Urusan Hextar Industries, Benny Ang berkata, kontrak itu merupakan satu lagi pencapaian penting bagi bahagian kejuruteraan awam syarikat dan mengukuhkan lagi keupayaan teknikal kumpulan.

 

"Tender ini bukan sahaja memperkukuh buku tempahan syarikat, malah meningkatkan keterlihatan hasil dan memperkukuhkan rekod prestasi pelaksanaan projek infrastruktur perindustrian," ujar beliau.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya, Alex Sham berkata, projek tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan berkenaan sebaik sahaja kerja-kerja pembinaan dimulakan.

 

Katanya, peningkatan permintaan pembangunan infrastruktur perindustrian di Lembah Klang turut memperkukuh portfolio EPC serta meletakkan Hextar Industries pada kedudukan baik. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved