Econpile menang kontrak cerucuk bagi apartmen 74 tingkat di Jalan Pavilion bernilai RM48.8 juta

26 Jun 2026 • 5:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Econpile menang kontrak cerucuk bagi apartmen 74 tingkat di Jalan Pavilion bernilai RM48.8 juta Image from: Econpile menang kontrak cerucuk bagi apartmen 74 tingkat di Jalan Pavilion bernilai RM48.8 juta amree26/06/2026 - 17:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 JunEconpile Holdings Berhad terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kerja cerucuk dan asas apabila berjaya meraih kontrak bernilai RM48.8 juta bagi projek di ibu negara.

 

Menurut kenyataan kumpulan berkenaan, tender baharu tersebut melibatkan kerja-kerja pembangunan cerucuk bagi pembinaan sebuah menara apartmen servis yang setinggi 74 tingkat di Jalan Pavilion.

 

Kejayaan itu menyaksikan jumlah nilai kontrak baharu diraih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (FY26) melepasi RM400 juta, manakala buku tempahan semasanya kini melebihi RM500 juta.

 

"Kontrak berkenaan dianugerahkan oleh Vestland Infra Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh Vestland Berhad kepada anak syarikat milik penuh Econpile, Econpile (M) Sdn Bhd," tambahnya lagi.

 

Skop kerja melibatkan pelaksanaan kerja asas berkaitan asas pembangunan yang turut merangkumi ruang bawah tanah, tempat letak kereta bersepadu, lot kedai runcit serta kemudahan apartmen.

 

Projek berkenaan jelas kumpulan itu, akan dilaksanakan dalam tempoh selama 16 bulan dengan kerja di tapak dijadual bermula pada 7 Julai 2026 dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2027.

 

Selain itu, Econpile menambah, projek tersebut dijangka menyumbangkan secara positif kepada pendapatan dan keuntungan kumpulan berkenaan mulai tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 (FY27).

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Pengarah Eksekutifnya, Raymond Pang berkata, pencapaian melepasi RM400 juta dalam kontrak baharu bagi FY2026 mencerminkan keyakinan berterusan industri.

 

"Kami menantikan peluang untuk memanfaatkan pengalaman luas dalam projek bangunan bertingkat tinggi bagi melaksanakan kerja asas pembangunan menara 74 tingkat ini di pusat bandar," katanya.

 

Pada masa sama ujar beliau, Econpile turut kekal optimis terhadap prospek penambahan kontrak baharu walaupun persekitaran operasi semasa pada ketika ini dilihat masih lagi mencabar syarikat.

 

Beliau berkata, kedudukan kewangan yang kukuh serta pengalaman industri selama beberapa dekad membolehkan kumpulan mendepani cabaran semasa dan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.

 

Setakat ini, buku tempahan merangkumi 25 projek aktif dengan kebanyakan tertumpu di Lembah Klang dan Pulau Pinang, melibatkan segmen pembangunan hartanah, infrastruktur serta perindustrian.

 

Antara projek utama yang sedang dilaksanakan termasuk dua pakej Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai keseluruhan RM96.8 juta yang memberikan keterlihatan hasil sehingga FY28. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved