Hidangan Enak Untuk Moreh, Anda Perlu Cuba Roti Bakar Leleh Di Kuching Ini

9 Apr 2023 • 2:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hidangan moreh paling Cun!

Hidangan Enak Untuk Moreh, Anda Perlu Cuba Roti Bakar Leleh Di Kuching Ini. Kalau anda masih lagi mencari port moreh yang best di Kuching, apa kata anda cuba menu enak yang disediakan oleh sebuah Stall kecil di Kampung Nombor ini iaitu Roti Bakar Leleh.

Roti Bakar Leleh yang disediakan di sini amat sesuai untuk dijadikan menu moreh mahupun menu iftar di bulan Ramadan ini.

image is not available
Hidangan Enak Untuk Moreh, Anda Perlu Cuba Roti Bakar Leleh Di Kuching Ini. Sumber foto: FB Mohd Zulfikar Razali

image is not available
Sumber foto: FB Mohd Zulfikar Razali

Topping menarik yang anda perlu cuba

Mempunyai banyak topping yang menarik, antara topping yang anda perlu cuba adalah, Chocolate, Peanut, Kaya, Cheese Susu, Sardin Pedas, dan juga Egg Mayo.

Isi roti bakar yang padat dan enak ini pasti akan membuat anda jatuh cinta dan akan datang kembali untuk menikmatinya lagi nanti.

image is not available
Sumber foto: FB Mohd Zulfikar Razali

image is not available
Sumber foto: FB Mohd Zulfikar Razali

Harga menu yang berpatutan

Menawarkan harga yang berpatutan, stall ini beroperasi dari jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam. Jika anda ingin membelinya awal, anda boleh hubungi 0168929340 untuk menempah Roti Bakar Leleh ini untuk iftar nanti.

Terletak di 21B, Lorong Parit Lama Rumah 1st Corner, Kampong Nombor, anda perlu cuba hidangan istimewa ini. Tunggu apa lagi, jom singgah dan moreh Roti Bakar Leleh ini!

Lagi port makan menarik untuk anda cuba di Kuching di sini: