Pelakon Lydia Ibtisam yang pernah mencipta nama menerusi drama bersiri Impian Illyana dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di hospital.
Perkara itu dimaklumkan oleh sahabat baiknya yang juga pelakon dan penyanyi, Elliza Razak menerusi satu hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
“Dengan berat hari saya ingin memberitahu semua tentang keadaan sahabat baik saya Lydia Ibtisam. Beliau dalam keadaan sangat kritikal sekarang di hospital.”
“Mohon semua bantu tadah tangan doakan dia diberi keajaiban untuk sihat semula. Kalau boleh mohon semua boleh buat solat hajat untuk dia sembuh semula seperti sediakala,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Elliza turut meluahkan rasa sedih apabila melihat sahabat baiknya itu terlantar dalam keadaan lemah.
“Ya Allah Lydia, akau tak boleh tengok hang dalam keadaan lemah macam ni. Hang kuat Lydia. Aku sayang hang sangat-sangat. Moga Allah permudahkan urusan hang. Moga keajaiban terjadi nanti,” tulisnya.
Bagaimanapun, Elliza tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penyakit atau masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Lydia.
Terdahulu, adik Lydia, Nabil Abdul yang juga seorang pelakon, meninggal dunia pada tahun 2014 akibat kanser limfa.
Lydia atau nama lengkapnya Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab, 45, pernah meraih populariti menerusi drama bersiri Impian Illyana dan Dunia Anita kira-kira 20 tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Netizen Kata Jazmy Juma Tak 'Happy' Ketika Majlis Kahwin, Ini Respon Tuan Badan.. - "Saya.."
The post Hidap Penyakit Autoimun, Pelakon Lydia Ibtisam Kini Kritikal Di Hospital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






