Hidayah Bawa Anak Lawat Kubur Arwah Abam Undang Sebak

Entertainment
17 Feb 2025 • 4:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Genap sudah 5 tahun pelawak, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey ‘pergi’, sedangkan kita ‘orang luar’ dapat rasakan kesedihannya apatah lagi orang terdekat iaitu isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali.

Jadi, apabila melihat Hidayah membawa anaknya melawat pusara arwah suami, ia sekaligus membuatkan ramai netizen terkenangkan kesedihan yang dirasai pada 5 tahun lepas.

“Bawa anak kita jumpa Abang, Al-fatihah suami ku tercinta Syed Umar Mokhtar, sayang selamanya #kitabaikramaisayang”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak melihatnya dan ramai yang turut doakan arwah Abam serta kebahagiaan Hidayah dan anaknya, Hamzah.

image is not available image is not available image is not available

Untuk rekod, pelawak popular Abam Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi pada 10 Februari 2020 dipercayai akibat demam panas.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang pada waktu itu berusia 5 bulan.

Abam berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Selangor.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.