“Hidup dah tak macam dulu” – Aliff Syukri akui tertekan, terpaksa buat ‘live’ 24 jam demi jualan

LocalEntertainment
13 Jun 2025 • 7:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Aliff Syukri akui tertekan dengan yang dihadapi dalam menjalani rutin harian sebagai peniaga dalam talian, terutama apabila terpaksa membuat siaran langsung di TikTok setiap hari untuk menjana jualan.

Menurutnya, kehidupan kini jauh berbeza berbanding dahulu apabila beliau perlu bekerja hampir 24 jam sehari tanpa mengira waktu, termasuk semasa bercuti.

image is not available

Aliff Syukri akui tertekan

Dalam satu hantaran di Instagram, beliau secara jujur berkongsi perasaan stres dan tekanan yang dialaminya, terutama apabila tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan majikan turut perlu dipikul.

“Hidup ni keras. Nak rehat, live TikTok. Bercuti tapi sale sendu. Memang kena buatlah hari-hari. Hidup dah tak macam dulu dah. 24 jam kena buat live.
“Jujurnya amat stres, stress. Tapi apa nak buat, tanggungjawab lelaki ni banyak sebagai suami, anak, staff dan isteri.
“Allah kuatkanlah papa,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik, baru-baru ini.

image is not available

image is not available

Luahan tersebut turut menarik perhatian pengikutnya yang memberikan kata-kata semangat serta sokongan moral agar beliau kekal kuat menghadapi cabaran sebagai usahawan dalam era persaingan digital.

Sebelum ini, Aliff Syukri dikenali sebagai antara figura perniagaan yang aktif menggunakan platform media sosial seperti TikTok dan Instagram bagi tujuan pemasaran produk secara langsung.