“Saya Pun Asal Orang Susah” – Kehidupan Aliff Syukri & Keluarga Ketika Pulang Ke Kampung Bibik Curi Perhatian [Video]

Entertainment
9 Jun 2025 • 12:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri? Sikapnya yang selamba dan gila-gila menyebabkan dia sering menjadi perhatian ramai.

Malah, Aliff juga turut dikenali dek kerana kontroversi yang melanda antaranya seperti lagu raya yang ‘unik’ serta perbuatan yang dianggap pelik oleh kebanyakan individu.

Namun siapa sangka, sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini menyingkap sisi lain pelantun lagu Abang Nak Tegur itu.

Aliff Sekeluarga Datang Ke Rumah Bibik Di Indonesia, Tak Kisah Tidur Di Rumah Bibik

Menerusi beberapa siri video yang dikongsikan di TikTok @papalarisofficial, kelihatan Aliff yang juga mesra menggelarkan dirinya sebagai papa bersama keluarga kecilnya telah berkunjung ke Madura di Surabaya, Indonesia bagi menziarahi bibiknya yang dikenali sebagai Bik Tudung.

Difahamkan, kedatangan mereka sekeluarga bagi mengubati kerinduan anak-anak Aliff terhadap bibik mereka.

Apa yang menjadi perhatian adalah kehidupan yang dijalani oleh Aliff sekeluarga sepanjang berada di sana. Boleh dilihat yang mereka begitu santai menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Manakan tidak, usahawan itu lebih memilih untuk tidur di bahagian ruang tamu rumah bibiknya malah dia siap membidas kata-kata bibik yang bimbang sekiranya Aliff tidak selesa dengan keadaan rumahnya yang panas.

“Cantik rumah kamu, tak panas, rumah kamu sejuk, happy tak Raudah?

“Korang tak baik cakap macam tu tahu, kita ni sama je dik. Kalau kita layan baik, orang pun layan baik.

“Kita ni sebenarnya tak kisahla kaya ke, miskin ke, sama je. Yang membezakan adat, kelakuan,” kata Aliff.

Lebih menjadi perhatian, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut dilihat menyapu rumah bibiknya itu.

Tonton video penuh [DI SINI]

Anak Aliff Bermain Dengan Kanak-Kanak Lain, Anak Sulong Siap Buat Live Jual Produk

Malah, anak-anak Aliff dilihat langsung tidak kekok menjalani kehidupan sebegitu dan bergaul dengan kanak-kanak setempat.

Malah, anak sulung usahawan berkenaan yang dikenali sebagai Ammar juga dilihat sedang membuat siaran langsung menjual produk jualan bapanya dalam talian.

“Sekarang mungkin papa senang. Asal usul papa pun orang kampung. Papa memang ajar anak-anak papa jadi orang biasa.

“Tak de macam nak control tempat tinggal atau pakaian, apa diorang selesa papa okay je.

“Papa memang paksa dia berniaga, papa tak nak nanti bila dia dah tua, dia tahu bapa dia kaya, dia rasa dia senang, hidup ni keras dik,” katanya.

@papalarisofficial

Membalas kepada @𝑅𝒾𝓃𝒶♡ 😜

♬ Korean Drama Backsound – Revigio

Tonton video penuh [DI SINI]

Sebelum ini, media melaporkan yang bibik Aliff yang popular dengan gelaran Bik Tudung telah pulang ke kampung halamannya selepas 14 tahun berkhidmat.

Ramai Kagum Lihat Sisi Lain Keperibadian Aliff Syukri

Video yang telah mendapat lebih 2.6 juta tontonan dan turut dikongsikan di platform Threads itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji dan kagum melihat sisi lain keperibadian usahawan sensasi berkenaan.

Manakan tidak, keperibadian Aliff dilihat begitu berbeza dengan dirinya sebelum ini. Malah, ada yang meminta agar usahawan itu mengekalkan sikap sebegitu.

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Usahawan Yang Patut Dicontohi, Very Humble, Anak-Anak Pun Tak Kekok Walau Dimana Berada”

image is not available

“Aku Je Ke Yang Perasan Tahun 2025 Ni Aliff Syukri Sangat Bagus, Lebih Tenang & Berakhlak, Seronok Follow Dia Tahun Ni, Banyak Kata-Kata Nasihat”

image is not available

“Datuk Aliff Syukri Sejak Akhir-Akhir Ni Menunjukkan Sikap Dia Sebenar, Semoga Rezeki Datuk Melimpah Ruah”

image is not available

“Jarang Ada Majikan Baik & Akrab Dengan Bibik Seperti Keluarga Datuk Aliff Syukri Ni”

image is not available

“Aku Dah Lama Boikot Produk Dia, Dulu Dia Buat Content Mengarut, Content Sekarang Aku Suka”

image is not available

“Kami Paling Suka Datuk Aliff Syukri Versi Ini, Kami Tak Mahu Dah Datuk Aliff Syukri Yang Dulu-Dulu Tu”

image is not available

Source: