PRU16: Sanggupkah Pas 'korbankan’ Wawasan demi UMNO? - AMK

LocalPolitics
3 Oct 2026 • 12:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRU16: Sanggupkah Pas 'korbankan’ Wawasan demi UMNO? - AMK
Muhammad Iman berkata, Pas kini terpaksa berdepan dengan lebih banyak dilema selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu demi memenuhi permintaan UMNO. Foto fail

KUALA LUMPUR - Pas dilihat perlu melakukan satu lagi 'korban' politik sekiranya mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, korban tersebut ialah Wawasan yang ternyata menjadi antara punca utama aspek pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas terus menemui jalan buntu.

“Dilema Pas pada ketika ini yang kami dengar ialah apakah parti itu sanggup untuk mengetepikan Wawasan sekiranya mahu meneruskan hasrat kerjasama dengan UMNO.

“Kami mendapat maklumat bahawa UMNO mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Bersatu, yang kebanyakan telah sertai Wawasan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Seri Rafizi Ramli sebelum ini mendedahkan bahawa tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN) bukan sekadar tamparan kepada Pas atau Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya kata Rafizi, 'pukulan maut' sebenar jatuh kepada parti Wawasan yang bergantung kepada jentera PN.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Iman, Pas kini terpaksa berdepan dengan lebih banyak dilema selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu demi memenuhi permintaan UMNO.

“Sudahlah UMNO mahu jawatan Perdana Menteri dan bertanding di lebih banyak kerusi berbanding Pas, kini UMNO juga mahu Pas korbankan Wawasan sekiranya mahu adakan kerjasama PRU16,” jelasnya. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved