Hidup saya tidak akan sama – Luah kanak-kanak yang hilang mata ketika serangan Israel

9 Sep 2022 • 5:15 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

GAZA: Areej Asaliya berusia 10 tahun kehilangan matanya semasa serangan Israel di Semenanjung Gaza suatu ketika lalu.

image is not available
Sumber gambar: palestinechronicle

Ketika Israel melakukan serangan udara, Areej semasa itu sedang bermain di atas bumbung rumahnya di kem pelarian Jabaliy.

Disebabkan serangan tersebut Areej telah kehilangan mata sebelah kirinya. Bercakap dengan The Palestine Chronicle, Areej meluahkan rasa bimbang.

“Saya takut dengan masa depan. Hidup saya tidak akan pernah sama lagi. Saya tidak boleh bermain dengan rakan-rakan saya seperti biasa, kerana saya sakit dan terpaksa menjalani beberapa pembedahan.”

Bapa Areej, Ayoub mengatakan bahawa dia sangat terkejut mengenangkan detik tersebut. Dia yang menemani anak perempuannya merasa sedih apabila melihat anaknya dalam keadaan yang sangat teruk selepas serangan berlaku.

“Ketika di hospital, Areej dalam keadaan yang sangat teruk. Saya diberitahu bahawa anak saya telah kehilangan matanya.” ujar bapa Areej.

Ayoub turut memberitahu pemberita bahawa kini Areej sedang bergelut dengan kesakitan fizikal dan emosi. Ayoub menyeru masyarakat antarabangsa untuk mendedahkan jenayah perang Israel.

image is not available
Sumber gambar: palestinechronicle

Dalam serangan terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza, zionis laknatullah membunuh lebih 50 orang rakyat Palestin termasuk 17 daripadanya adalah kanak-kanak.


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia