“Hidup Umpama Roda, Just Wait The Wheels Hit You Back” – Isteri ND Lala Luah Perasaan Di IG Story

6 Apr 2023 • 2:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri kepada pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Fauziah seperti memberi bayangan tentang situasi yang sedang dialaminya ketika ini.

Bukan itu sahaja, ibu kepada penyanyi, Shila Amzah itu turut menggunakan petikan kata-kata seakan-akan sedang meluahkan perasaan sedih yang terbuku di hatinya.

Dalam petikan tersebut, Fauziah meminta orang ramai untuk tidak menghakiminya kerana belum tentu ada orang yang sekuat dirinya untuk berdepan masalah rumah tangga.

image is not available

Malah, ibu kepada empat cahaya mata itu turut berdoa agar segala kesedihan yang dialami akan digantikan dengan sesuatu yang indah.

Tidak hanya itu, Fauziah juga memberi peringatan bahawa kifarah itu benar-benar terjadi dan hidup ini seakan-akan roda.

image is not available

Terdahulu, Fauziah telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi bagi memfailkan perceraian terhadap Nd atau nama sebenarnya Amir Amzah.

Fauziah bebuat demikian selepas bertindak mendedahkan wajah madunya yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani di laman Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

Isteri ND Lala Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Failkan Cerai?