Hilang arah akibat sakit mental

Health & Fitness
8 Aug 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hilang arah akibat sakit mental

Soalan:

Saya pernah disahkan mengidap Major Depression Disorder (MDD). Tiga tahun kebelakangan ini, saya tidak mengikuti rawatan dengan harapan saya akan sembuh. Sekarang keadaan menjadi semakin teruk, perlukah saya ke hospital? Saya betul-betul hilang arah.

Yang Penat

Jawapan:

Ramai individu yang pernah mengalami kemurungan berharap keadaan akan pulih dengan sendiri tanpa mendapatkan rawatan. Namun, Major Depressive Disorder (MDD) adalah satu gangguan kesihatan mental yang memerlukan perhatian, rawatan dan sokongan yang sesuai. Jika gejala semakin teruk sehingga mengganggu kehidupan harian, mendapatkan bantuan profesional adalah satu langkah yang bijak. Berikut panduan untuk anda:

Kenali perubahan pada diri Jika anda mula mengalami kesukaran untuk fokus, hilang minat terhadap perkara yang biasa dilakukan, rasa tidak bermaya, gangguan tidur, perubahan selera makan atau sering berasa putus asa, ini mungkin petanda bahawa anda memerlukan sokongan semula.

Jangan tunggu keadaan menjadi serius

Ada individu memilih untuk bertahan sendiri kerana berharap keadaan akan pulih. Namun, menangguhkan rawatan terlalu lama boleh menyebabkan gejala menjadi semakin sukar dikawal. Mendapatkan bantuan lebih awal dapat membantu proses pemulihan.

Dapatkan semula rawatan

Mendapatkan rawatan untuk kemurungan bukan tanda kelemahan atau kegagalan anda dalam mengurus diri. Sama seperti penyakit fizikal yang memerlu­kan rawatan, kesihatan mental juga memerlukan penjagaan dan sokongan yang sewajarnya.

Dapatkan penilaian professional

Jika anda pernah didiagnosis MDD dan merasakan keadaan semakin teruk, disarankan untuk berjumpa semula dengan doktor atau pakar kesihatan mental bagi mendapatkan penilaian terkini dan cadangan rawatan yang bersesuaian.

Jangan hadapi sendiri

Kemurungan boleh menyebabkan seseorang berasa terasing dan hilang arah. Berkongsi dengan individu yang dipercayai seperti ahli keluarga, rakan rapat atau kaunselor boleh membantu mengurangkan beban emosi yang ditanggung.

Dapatkan bantuan segera

Jika muncul dalam fikiran anda untuk mencederakan diri, rasa tidak mahu hidup atau tidak mampu menjaga keselamatan diri, jangan hadapi keadaan tersebut seorang diri. Segera dapatkan bantuan daripada hospital atau individu yang boleh membantu memastikan keselamatan anda.

Kesimpulan, Mengalami semula gejala kemurungan bukan bermakna anda gagal. Sedar bahawa diri memerlukan bantuan adalah langkah pertama ke arah pemulihan. Dapatkan sokongan profesional kerana menjaga kesihatan mental adalah satu bentuk usaha menghar­gai dan menjaga diri.

The post Hilang arah akibat sakit mental appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved