Tendang kerusi penumpang lain, Aisar Khaled mohon maaf -“Saya tak sedar, betul-betul burnout..”

23 Jul 2026 • 11:26 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled tampil memohon maaf susulan tindakannya yang didakwa mengganggu keselesaan penumpang lain ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia.

Menerusi perkongsian di Threads, Aisar mengakui berada dalam keadaan terlalu penat dan mengalami tekanan melampau sehingga gagal mengawal tindakannya sebaik pesawat berlepas.

“Saya nak minta maaf atas tindakan tidak sepatutnya yang saya lakukan ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia.
“Sejujurnya, saya sangat penat dan mengalami tekanan yang melampau sehingga hilang kawalan sebaik sahaja pesawat berlepas.
“Saya tidak akan lagi ulang perkara yang sama pada masa akan akan datang.
“Maaf atas segala kesulitan yang telah saya timbulkan,” katanya.

Image from: Tendang kerusi penumpang lain, Aisar Khaled mohon maaf -“Saya tak sedar, betul-betul burnout..”

Dalam pada itu, Aisar turut berjanji kejadian berkenaan tidak akan berulang dan menzahirkan rasa kesal atas segala kesulitan yang ditimbulkan.

Image from: Tendang kerusi penumpang lain, Aisar Khaled mohon maaf -“Saya tak sedar, betul-betul burnout..”

Terdahulu, seorang individu warga Indonesia berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila mendakwa Aisar mengganggu keselesaan penumpang lain sepanjang penerbangan.

Image from: Tendang kerusi penumpang lain, Aisar Khaled mohon maaf -“Saya tak sedar, betul-betul burnout..” Image from: Tendang kerusi penumpang lain, Aisar Khaled mohon maaf -“Saya tak sedar, betul-betul burnout..”

Menurut individu berkenaan, kaki Aisar didakwa memasuki ruang tempat duduknya sebaik pesawat berlepas sehingga beberapa kali terkena kerusinya.

Malah, dia turut mendakwa segala teguran yang diberikan tidak diendahkan dan perkara sama berulang beberapa kali sepanjang perjalanan.

Sumber: IG Aisar Khaled
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved