Legenda bola sepak negara, Safee Sali, mendedahkan dirinya pernah melalui fasa paling sukar dalam hidup apabila berdepan tekanan emosi, masalah kewangan dan kemurungan selepas bersara daripada dunia bola sepak.
Menurut Safee, dia terpaksa membina semula kehidupannya hampir dari awal selepas mendakwa kehilangan hampir semua aset yang dikumpulkan sepanjang bergelar pemain bola sepak.

“Saya terpaksa bermula semula hampir dari kosong. Apa yang saya bina bertahun-tahun terasa seperti hilang dalam sekelip mata apabila semua asset di ambil sebegitu sahaja oleh bekas pasangan yang mata duitan. Semua hasil kerja bolasepak saya habis dikebas.”
Safee berkata, tempoh selepas persaraan merupakan detik hitam buat dirinya. Namun, dia berjaya bangkit semula hasil sokongan yang tidak putus-putus daripada isteri tercinta, ahli keluarga serta rakan-rakan di sekelilingnya.
View this post on Instagram
Mengulas lanjut, bekas penyerang kebangsaan itu mengakui segala ujian yang dilalui banyak mengajarnya tentang kehidupan dan menjadikan dirinya lebih menghargai keluarga.
Katanya, pengalaman tersebut turut membentuk dirinya menjadi insan yang lebih kuat dan matang dalam menghadapi cabaran hidup.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Dah Tak Kelakar Macam Dulu, Mungkin Dah Dewasa" - Kasih Iris Leona
The post “Waktu Tu Saya Tinggal Spender, Bekas Isteri Ambil Semua Aset” – Safee Sali Kongsi Titik Terendah Dalam Kehidupan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



