Hilang kawalan di selekoh, pemandu lori maut

LocalCars
27 Apr 2026 • 5:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hilang kawalan di selekoh, pemandu lori maut
Keadaan lori yang dinaiki mangsa selepas hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Merchong/Sawah Batu berhampiran Ladang Merchong pada Isnin. Foto Polis Rompin
Image from: Hilang kawalan di selekoh, pemandu lori maut
Lokasi kemalangan di Jalan Merchong/Sawah Batu berhampiran Ladang Merchong. Foto Polis Rompin

ROMPIN – Seorang pemandu lori warga Indonesia maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Merchong/Sawah Batu berhampiran Ladang Merchong di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Sarapudin, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Sawah Batu menuju ke Merchong.

"Siasatan awal mendapati lori jenis Nissan itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh ke kanan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

**media[3503904]**

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.