Hilang sejak tiga minggu, Abdul Aziz ditemui meninggal dunia

26 Oct 2026 • 2:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hilang sejak tiga minggu, Abdul Aziz ditemui meninggal dunia
Mayat Abdul Aziz (gambar kecil) bersama motosikal ditemukan dekat sebuah kebun kelapa sawit tidak jauh dari rumahnya di Serdang, Kedah. Foto media sosial

BANDAR BAHARU - Warga emas hilang sejak tiga minggu lalu ditemukan meninggal dunia di kawasan kelapa sawit berdekatan rumahnya di Kampung Air Puteh, Serdang di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Superintenden Mohamad Sani Mat Ali berkata, Abdul Aziz Ali, 67, ditemukan bersama skuter yang dinaiki ketika kejadian.

Menurutnya, mangsa ditemui sekitar jam 5.50 petang Ahad (25 Oktober) oleh ahli keluarga yang membuat pencarian, dengan jarak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mereka.

"Anak mangsa yang buat pencarian jumpa di kawasan kebun sawit terbiar dan curam, kita percaya si mati dipercayai hilang kawalan skuternya.

"Sebelum ini keluarga ada ronda juga di kawasan sama tetapi tidak menemuinya kemungkinan sebab jatuh tersorok... tak nampak," katanya.

Difahamkan, laluan berkenaan tidak pernah dilalui warga emas tersebut sebelum ini.

Sinar Harian pernah melaporkan kehilangan Abdul Aziz yang berdepan masalah ingatan, dikesan tidak pulang ke rumah sejak 4 Oktober lalu.

Ahli keluarga kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan itu.

Berdasarkan kenyataan media, Mohamad Sani berkata, pada 25 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang individu lelaki.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati identiti mayat disahkan Abdul Aziz berdasarkan penemuan motosikal dan barangan peribadi.

Setakat ini, katanya, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Mayat dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Kes masih dalam siasatan. Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved