Hilang sejak 4 Oktober, mayat warga emas ditemukan dalam kebun kelapa sawit

26 Oct 2026 • 3:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hilang sejak 4 Oktober, mayat warga emas ditemukan dalam kebun kelapa sawit

BANDAR BAHARU – Misteri kehilangan seorang lelaki berusia 67 tahun sejak 4 Oktober lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Air Puteh, Serdang, di sini semalam.

Mayat mangsa, Abdul Aziz Ali ditemui kira-kira pukul 5.30 petang semalam oleh anak lelaki mangsa yang berusia lingkungan 30-an.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Superintendan Muhamad Sani Mat Ali berkata, mayat mangsa dijumpai ketika anak lelakinya itu membuat pencarian di situ bersama ahli keluarga lain.

“Kawasan mangsa ditemui dipenuhi semak samun dan sudah lama ladang kelapa sawit itu tidak diusahakan. Jarak dari rumah mangsa ke lokasi kejadian hanya kira-kira 1.5 kilometer.

“Laluan ke tempat mangsa ditemui dipenuhi semak dan sudah lama jalan tanah merah itu tidak digunakan oleh penduduk kampung dan bukan laluan biasa mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kawasan itu.

“Sebelum ini keluarga ada mencari di kawasan sama tetapi tidak menemuinya kerana berkemungkinan mangsa jatuh di tempat tersorok.

“Mayat mangsa ditemui berdekatan motosikal dan beberapa barangan mangsa seperti telefon bimbit serta barangan peribadi masih berada pada motosikal,” ujarnya.

Katanya, hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian mengesahkan identiti mayat berkenaan sebagai lelaki berusia 67 tahun yang pernah dilaporkan hilang pada 4 Oktober lalu.

“Identiti mangsa disahkan berdasarkan penemuan fizikal serta barangan peribadi miliknya di lokasi kejadian,” katanya

Beliau berkata, pemeriksaan awal di tempat kejadian juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Pada awal bulan ini, waris mangsa memohon bantuan orang awam mencari bapa mereka, Abdul Aziz yang mengalami masalah daya ingatan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Air Puteh, Serdang pada 4 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Hilang sejak 4 Oktober, mayat warga emas ditemukan dalam kebun kelapa sawit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved