Hilux Ditemui Dalam ‘Longkang’ Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya

15 Feb 2023 • 3:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kita pula tertanya-tanya

Hilux Ditemui Dalam ‘Longkang’ Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya. Semasa musim tengkujuh dan banjir kilat berlaku, kadangkala beberapa benda berakhir di tempat yang tidak sepatutnya dan akan ditemui sebaik sahaja banjir surut.

Mungkin inilah yang berlaku kepada sebuah kereta 4×4 di Sabah apabila ditemui di dalam longkang sehingga membuatkan netizen mempersoalkan bagaimana kereta itu berakhir di situ.

image is not available
Hilux Ditemui Dalam ‘Longkang’ Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya

Gambar yang dikongsi di Facebook menunjukkan sebuah kereta Hilux di bawah longkang

Baru-baru ini, beberapa gambar menunjukkan sebuah kereta Hilux yang ditemui di dalam longkang mendapat perhatian netizen.

Gambar terbabit, dikongsi oleh laman Facebook Info Lalu Lintas Sabah, menunjukkan sebuah Hilux berwarna merah berada di bawah ‘jambatan’ longkang. Dalam gambar, kereta itu kelihatan dalam keadaan baik namun tiada maklumat mengenai pemandunya.

image is not available
Kereta Hilux tersebut ditemui di dalam longkang. Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah

image is not available
Keadaan kereta tersebut. Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah

image is not available
Lokasi kereta itu ditemui. Kredit: FB Info Lalu Lintas Sabah

Netizen tertanya-tanya bagaimana kereta sebesar itu berada di situ

Tinjauan pada ruangan komen mendapati netizen tertanya-tanya bagaimana kenderaan terbabit berada di situ. Malah, ada yang membuat jenaka tentang situasi tersebut.

Antaranya seperti:

Namun, seorang netizen tampil menjelaskan perkara sebenar mengikut maklumat yang dia ada tentang situasi itu.

Difahamkan, kenderaan tersebut milik seorang anggota IPD Penampang. Semasa banjir semalam, pemandu kereta berkenaan mahu patah balik kerana tidak dapat balik dan dalam perjalanan ke Petronas Donggongon, dia tersasar memandu ke longkang berkenaan. Pemandu terbabit pula dikatakan telah diselamatkan pada hari yang sama dan hanya keretanya sahaja berada di lokasi kejadian.

Nasib baik pemandu tu terselamat. Harap2 kereta dia ni dapat dikeluarkan secepat mungkin dan tidak mengalami kerosakan melampau.

Lagi di sini: