Himpunan 6,000 Motosikal Berkuasa Tinggi Semarakkan Semangat Patriotik

3 Sep 2025 • 2:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lebih 6,000 motosikal berkuasa tinggi berjaya dikumpulkan dalam program Unite 4 Gempa Bumi yang berlangsung di MAEPS, Serdang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, baru-baru ini.

Himpunan 6,000 motosikal berkuasa tinggi

Pengerusi penganjur, Nazatul Amin Jaffar berkata, program anjuran Violent Storm MG dengan kerjasama 32 kelab motosikal seluruh negara itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme selain menepis tanggapan negatif terhadap penunggang motosikal.

image is not available

“Matlamat dan juga harapan kami adalah untuk menyatu padukan semua kelab motosikal tempatan yang mempunyai semangat cintakan negara dan patriotik serta jati diri yang tinggi terhadap budaya dan bangsa kita.

“Sebab itu kita amat gembira kerana turut mendapat penyertaan dari Indonesia, Singapura dan Thailand yang turut memberikan sokongan mereka terhadap program ini.

“Alhamdulillah, program ini sangat menarik dan kita telah berjaya mengumpul hampir 6,000 buah motosikal selama dua hari ini di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Program julung kali itu bukan sahaja menghimpunkan pemilik motosikal berkuasa besar, malah menarik lebih 10,000 pengunjung pelbagai kaum dan latar belakang untuk menyaksikan deretan jentera pelbagai rekaan.

Antara pengisian sepanjang program termasuk reruai pameran, forum diskusi motosikal, persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM15,000. Acara bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah malam.

Sementara itu, Ketua Kelab Motosikal Skyhawk Malaysia, Muhamad Irwan Muhamad Mustafa berkata, penganjuran ini memberi nilai tambah kepada komuniti motosikal.

image is not available

“Saya rasa program ini amat baik, kami berkumpul kerana berkongsi minat yang sama. Saya berharap pada tahun hadapan program ini dapat dianjurkan lagi,” katanya.

Peserta lain turut menyifatkan himpunan ini sebagai wadah untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli kelab, di samping meraikan Hari Kebangsaan dengan semangat cinta kepada tanah air.