Isteri 69 Tahun Maut, Motosikal Suami Terbabas

14 Aug 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya parah selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ER250-C yang dinaiki terbabit kemalangan di kilometer 231.6, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), Rembau semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal yang ditunggang telah hilang kawalan dan terbabas di lorong kecemasan.

"Susulan itu, pembonceng iaitu si isteri berusia 69 tahun telah tercampak di lorong kiri jalan dan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kaki serta tangan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“‎Manakala, penunggang iaitu lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan masih mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Alor Gajah," katanya.