
KUALA LUMPUR: Sekumpulan individu mula berkumpul di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini bagi menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah 3.0.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati, kira-kira 40 hingga 50 individu hadir menyertai perhimpunan yang bermula pukul 2 petang tadi.
Anggota polis turut ditempatkan di sekitar lokasi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terkawal.
Perhimpunan itu bertujuan menyuarakan tuntutan terhadap budaya rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kepentingan memastikan akauntabiliti dalam pentadbiran negara.
Selain itu, ia turut menuntut penjelasan berhubung pelbagai kontroversi melibatkan kes-kes berprofil tinggi dan isu integriti yang menjadi perhatian umum. – UTUSAN
The post Himpunan Rakyat Benci Rasuah 3.0: 50 individu mula berhimpun depan Sogo appeared first on Utusan Malaysia.






