Tegang! Himpunan Rakyat Benci Rasuah bertembung Himpunan Daulat Tuanku

LocalPolitics
28 Nov 2026 • 3:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tegang! Himpunan Rakyat Benci Rasuah bertembung Himpunan Daulat Tuanku
Peserta Himpunan Rakyat Benci Rasuah bertembung dengan peserta Himpunan Daulat Tuanku yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Image from: Tegang! Himpunan Rakyat Benci Rasuah bertembung Himpunan Daulat Tuanku
peserta himpunan Rakyat Benci Rasuah mula berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo, Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang.

KUALA LUMPUR - Suasana tegang berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini apabila peserta Himpunan Rakyat Benci Rasuah bertembung dengan peserta Himpunan Daulat Tuanku yang diadakan di lokasi ini pada Sabtu.

Bagaimanapun, suasana tegang itu hanya melibatkan pekikan dan suara yang dilaungkan antara kedua-dua kumpulan.

Keadaan itu berlaku apabila peserta Himpunan Rakyat Benci Rasuah bergerak menuju ke Dataran Merdeka, di sini sebelum melalui di hadapan peserta Himpunan Daulat Tuanku tersebut.

Keadaan itu dapat dikawal oleh anggota polis yang bertugas dan tidak melibatkan sebarang kejadian tidak diingini.

**media[3725797]**

Peserta Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemudiannya bertolak ke arah Dataran Merdeka sambil diiringi petugas keselamatan.

Terdahulu, peserta himpunan Rakyat Benci Rasuah mula berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo, di sini sekitar jam 2 petang.

Himpunan 2.0 berkenaan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) bersama persatuan mahasiswa dari beberapa universiti tempatan, dengan matlamat meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda mengenai kepentingan membanteras rasuah.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved