Himpunan Selamatkan Malaysia berarak ke Sogo, Dataran Merdeka

Politics
16 Sep 2023 • 12:53 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Peserta Himpunan Selamatkan Malaysia hari ini dijangka berarak dari Masjid Jamek Kampung Baru menuju ke pusat membeli-belah, Sogo bagi menunjukkan bantahan terhadap keputusan kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Menurut sumber daripada sekretariat perhimpunan, peserta juga akan melakukan perarakan ke Dataran Merdeka selepas mereka berkumpul di Sogo.

“Kita akan berkumpul di sini pada jam 2 petang dan kalau ikut jadual, kita akan berarak dari Masjid (Jamek) Kampung Baru menuju ke Sogo sebelum ke Dataran Merdeka.

“Kita boleh memastikan perhimpunan ini akan dilakukan secara aman, tiada mogok cuma mahu laksanakan bantahan dengan keputusan yang dianggap melanggar prinsip kerajaan untuk melawan rasuah dan integriti,” katanya kepada Scoop hari ini.

Himpunan berkenaan disertai pemimpin parti pembangkang, mahasiswa dan orang ramai yang mula berkumpul di hadapan Masjid Jamek Kampung Baharu seawal jam 12 tengah hari.

Polis dilihat bersiap siaga di sekitar kawasan berkenaan bagi memastikan perhimpunan diadakan itu berlangsung dalam keadaan aman.

Terdahulu, perhimpunan itu dikatakan diadakan secara aman diikuti dengan solat Zohor di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia menggesa agar peserta yang menyertai perhimpunan memakai baju putih dan membawa bendera Malaysia. - 16 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved