Hina pelanggan di media sosial, barista serta merta dipecat majikan

7 Jul 2023 • 12:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Media sosial sememangnya tempat orang ramai mengeluarkan pendapat masing-masing. Namun, sebaiknya setiap kata-kata yang ditulis perlulah berhati-hati kerana ramai mata yang melihat.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang dipercayai seorang barista apabila mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada pelanggan di media sosial miliknya.

Tahu pelanggan yang bodoh

Menerusi ciapan yang dibuat barista tersebut, dia mengatakan yang sebagai seorang barista, dia tahu memilih pelanggan yang ‘bodoh’ untuk dipaksa menambah pesanan.

image is not available

Selang beberapa hari, dia telah membuat naik lagi ciapan beserta gambar memakai uniform kedai kopi terkenal dengan mengatakan sudah dipecat oleh majikan disebabkan ciapan tersebut.

image is not available

Lain kali jangan tayang bodoh tu dekat orang

Perkongsian dirinya telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memerli lelaki terbabit disebabkan tindakannya memperbodoh pelanggan di media sosial.

 

image is not available

Salah sendiri kan?

image is not available

Memang patut pun

image is not available

Jangan percayalah, dia bukan kerja situ

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan barista terbabit bukanlah bekerja disitu kerana boleh jadi ciapannya yang mengatakan telah diberhentikan sekadar konten untuk menarik perhatian ramai.

image is not available

 

 

Apa-apa pun, lebih elok menjaga tutur kata sewaktu mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial kerana boleh jadi mengundang masalah untuk diri sendiri.

Semoga perkara sebegitu menjadi pengajaran buat orang lain supaya bijak dalam menggunakan media sosial.

Sumber: Twitter