Hina sahabat Nabi: Nik Zawawi dipanggil Jaheaik beri keterangan

LocalPolitics
20 May 2026 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hina sahabat Nabi: Nik Zawawi dipanggil Jaheaik beri keterangan
Nik Muhammad Zawawi

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengesahkan beliau dipanggil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada Rabu berhubung kenyataan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW semasa berceramah di Terengganu baru-baru ini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mengesahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

"Hadir memberi kerjasama," tulisnya secara ringkas

Sementara itu, sumber Jaheaik berkata, tokoh berkenaan dipanggil bagi melengkapkan siasatan bersabit kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Katanya, Nik Muhammad Zawawi hadir memberi keterangan lebih satu jam sehingga 11.40 pagi tadi.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan kerana memutar belit ajaran Islam dan Seksyen 30

Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan kata-kata yang boleh memecahkan keamanan.

"Selain itu, kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 120 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) kerana mencerca agama," katanya.

View Original Article