“Hinaan mendoakan suami saya lumpuh itu melampau” – Eyra Hazali Kecewa Haziq Nadzli Dihina Susulan Kekalahan Harimau Malaya Kepada Thailand

Entertainment
15 Dec 2024 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam tadi, peminat bola sepak terpaksa menyaksikan kekalahan Harimau Malaya yang tewas kepada pasukan Thailand dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Piala Asean di Bangkok.

Malaysia kalah 0-1 menentang Thailand dan kekalahan ini telah menyebabkan ramai netizen yang menghentam penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli kerana dikatakan menjadi punca kepada kekalahan tersebut.

image is not available

Isteri Haziq, Eyra Hazali yang juga seorang pelakon terkilan apabila ada sesetengah peminat bola sepak yang marah sehingga mendoakan suaminya itu lumpuh selepas tewas kepada Thailand malam tadi.

Eyra berkongsi kekecewaan itu menerusi Instagram Story malam tadi.

image is not available

Menurut Eyra, mereka boleh terima kritikan atau makian yang dilemparkan namun hinaan yang melibatkan anak-anaknya dan hinaan mendoakan suaminya itu lumpuh adalah melampau.

Dia turut mendoakan agar kata-kata hinaan yang dilemparkan kepada mereka itu tidak akan berbalik kepada individu tersebut.

Dalam masa yang sama, Eyra turut mengatakan bahawa dia dan keluarga akan tetap menyokong Haziq.

Kalah menang tu kan adat pertandingan, tak perlulah libatkan ahli keluarga atlet atau doakan yang tak baik kepada atlet yang bertanding.

Sumber: Instagram Eyra Hazali, Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.