Hishammudin Hussien Enggan Kerjasama Dengan PH, Rela Dipecat

Entertainment
21 Nov 2022 • 2:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam pertemuan antara Barisan Nasional(BH) bersama Pakatan Harapan(PH) di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur hari ini, dimaklumkan bahawa ada 4 Ahli Parlimen yang tidak turut serta.

Antaranya adalah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan menerusi Facebook rasmi, beliau membuat satu kenyataan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

 

Saya rela dipecat

Kata Hishammuddin, beliau tetap dengan pendiriannya itu sepertimana yang ditegaskan kelmarin dan sebelum ini.

Malah, beliau juga menyatakan bahawa beliau rela dipecat kerana pegangan untuk tidak bekerjasama dengan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti-parti yang seangkatan dengannya.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.
No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan.”

Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.Saya rela dipecat…

Posted by Hishammuddin Hussein on Sunday, November 20, 2022

Tegasnya lagi, jika berlaku perlucutan jawatan terhadapnya itu, ia tetap tidak akan mengubah pendirian teguhnya.

Hari ini, seramai 26 Ahli Parlimen bertemu ahli PH bagi mengadakan perbincangan berkaitan sokongan untuk calon Perdana Menteri.

Malah, situasi dilihat begitu tegang berkenaan dengan calon Perdana Menteri ini sehinggakan Agong memberikan lanjutan tempoh pemilihan calon yang sepatutnya diumumkan hari ini ke hari esok (Selasa) jam 2 petang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.