Tahun lepas HMD telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan telefon pintar tersendiri tidak lama lagi. Pada masa yang sama, disebabkan HMD masih mempunyai kontrak bersama Nokia -telefon jenama Nokia akan terus dikeluarkan sehingga tahun 2026.

Baru-baru ini, Gizmochina telah menemui maklumat yang akan terdapat 17 peranti Nokia bakal dilancarkan. HMD akan mengumumkan pelancaran peranti Nokia di acara MWC Barcelona 2024, salah satu model adalah Nokia 3310 generasi baharu. Memandangkan mereka telah berhenti membangunkan telefon mercu, 16 telefon lain akan berada di bawah kelas pertengahan atau kelas asas.

Peranti tersendiri HMD turut dijangka akan tiba dalam masa terdekat. Model TA-1585 telah pun tertiris, mencadangkan telefon ini juga berada dalam kelas mampu milik. Sama-sama kita nantikan minggu-minggu mendatang untuk informasi lanjut.
- Sumber



