Pertengahan bulan lalu HMD Skyline telah dilancarkan dengan rekaan mirip peranti Nokia Lumia. Berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh pembaca, terdapat ramai yang masih mempunyai nostalgia untuk rekaan seperti ini. Kepada yang berminat untuk membeli Skyline, peranti ini akhirnya mula dijual di Malaysia pada harga RM2399 menerusi stor rasmi Nokia di Shopee.

HMD Skyline dilengkapi skrin 6.5″ OLED pada paparan HD+ penuh, menawarkan kadar segar semula 144Hz, dijana menggunakan Snapdragon 7s Gen 2, memori 12GB RAM, serta storan 256GB dan bateri 4600mAh yang menyokong pengecasan 33W. Pada bahagian kamera pula, ia terdiri daripada lensa sudut lebar 108MP yang dipadankan dengan lensa ultra lebar sensor 13MP dan telefoto 50MP. Di hadapan pula kamera 50MP disertakan dalam lubang skrin.
HMD Skyline menggunakan sistem operasi berasaskan Android 14 dengan ia akan menerima kemas kini dua versi Android dan tampalan sekuriti selama 3 tahun. Di Malaysia peranti ditawarkan dalam warna hitam, merah jambu dan biru.
