‘Holiday’ bersama, Senrose & The Gang cantik berbusana tradisional Thailand

19 Sep 2023 • 9:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

keluarga selebriti, Uqasha, Nelydia Senrose bersama adik mereka, Raysha Rizrose, sepupu, Aprena, Oktovia Manrose dan Nadiyah Shahab serta rakan-rakan yang lain telah ‘holiday’ bersama di Thailand.

Senrose & The Gang bercuti!

Apa yang menarik perhatian adalah perkongsian Senrose & The Gang ini sewaktu mereka mengayakan busana tradisional Thailand sehingga meraih pujian daripada peminat.

Menerusi perkongsian semula pengguna X dikenali sebagai twbiy, dia telah memuji betapa cantiknya mereka mengenakan busana tersebut lebih-lebih lagi ada di antara mereka memang mempunyai darah keturunan Siam.

Boleh cakap bahasa Thailand lagi

Nampak jelas yang pakaian digayakan mereka sangat bersesuaian dan pelakon, Raysha Rizrose juga sempat memberi sedikit ucapan dalam bahasa Thailand.

Difahamkan, mereka telah menyewa baju di salah satu kedai di lokasi pelancongan dan juga rumah ibadat bagi masyarakat Buddha di sana.

Trip ke Bangkok

Menerusi perkongsian selebriti, Aprena Manrose, dia bersama kakak, sepupu dan rakan-rakan telah berangkat ke Bangkok sekitar empat hari yang lalu dan trip tersebut dilihat tanpa kehadiran suami masing-masing.

Mereka juga sempat menempah baju bertulis percutian mereka dan pastinya masing-masing nampak begitu gembira apabila dapat berkumpul bersama.

Cantik2 betul Senrose & The Gang ni

Menjengah posting yang dibuat peminat di aplikasi X itu, ramai yang memuji penampilan barisan selebriti terkenal Malaysia yang terlihat begitu cocok dengan pakai tradisional Thailand.

Mereka juga turut berseloroh mengatakan yang barisan selebriti tersebut baru betul ada darah campuran memandangkan masing-masing kelihatan seperti warganegara Thailand apabila sudah berpakaian sebegitu.

image is not available

Memang nampak macam orang Thailand!

image is not available

Ni baru betul ada mix

image is not available

Cantiknya Senrose & The Gang

image is not available

Sumber: X twtbiy, Instagram aprenamanrose, nadiyahshahab