“Homeschooling jimat banyak masa” – As’Ad Motawh Dakwa Kenyataan Pergi Sekolah Buang Masa Hanya Salah Faham

Entertainment
24 Jan 2024 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, penyanyi As’ad Motawh menjadi perhatian selepas kenyataannya pergi ke sekolah hanya membuang masa tular sehingga mencetuskan kemarahan umum.

Ramai mendakwa pemilik nama penuh As’ad Ahmad Muhammad Motawh memberi contoh tidak baik kepada generasi muda selepas menyatakan apa yang dipelajari tiada kaitan dengan perkara yang dilakukan sekarang.

Terbaharu, menerusi video dari akaun TikTok The Salesmen Talk, penyanyi berusia 22 tahun itu menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dia mengeluarkan kenyataan ‘tidak perlu pergi ke sekolah’.

@thesalesmentalk

Pandangan peribadi As’ad tentang sekolah.

♬ Romantic – ADTurnUp

As’ad menyatakan ramai yang salah faham dengan berkata kenyataan sebenar yang mahu disampaikan adalah tentang dirinya yang tidak gemar pergi ke sekolah harian.

“Saya tidak pernah berkata ‘awak tidak perlu pergi ke sekolah’. Ayat saya adalah ‘saya bukan seorang manusia yang suka ke sekolah dan saya anggap itu adalah membuang masa’.

“Kenapa saya rasa itu membuang masa? Kerana saya rasa saya ada rezeki untuk menjadi penyanyi dan ada rezeki untuk guna cara homeschooling, katanya.

image is not available

Ujarnya, dia boleh menjimatkan masa mudanya dengan belajar mengikut kaedah pembelajaran di rumah sahaja.

“Kalau homeschooling saya hanya perlu ke sekolah biasa selama enam jam sehari, sebanyak dua kali seminggu.

“Dalam tempoh itu, saya belajar macam-macam ilmu sejak tingkatan 4 dan 5. Sebenarnya saya boleh homeschooling sejak awal lagi, boleh jimat banyak masa,” jelasnya.

Baginya, sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 5 itu adalah satu tempoh yang sangat lama dan dengan cara homeschooling adalah salah satu solusi memendekkan tempoh belajar.

“Memendekkan tempoh itu pula membuka peluang saya untuk meneroka perkara lain,” jelasnya lagi.

Tapi kalau tak pergi sekolah, tak ada nostalgia zaman sekolah yang boleh kita kenang, kan?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.