“Hon tapi tak endah” – Driver KKM Didakwa ‘Reverse’ Langgar Kereta Orang Awam?

Entertainment
30 Sep 2024 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja, namun ada sesetengah kemalangan yang kita boleh lihat ia seperti disengajakan.

Baru-baru ini, tular di aplikasi X sebuah video yang memaparkan tindakan luar jangkaan oleh kenderaan yang difahamkan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kenderaan tersebut dilihat mengundur dengan sangat laju meskipun sudah dibunyikan hon berkali-kali oleh kenderaan yang berada di belakangnya.

Menurut hantaran @SungaiPetani1 itu, kejadian itu berlaku di sebuah perumahan dekat Sungai Petani dan kenderaan berupa van putih itu difahamkan dibawa dari Klinik Kesihatan Bedong.

“Pemandu KKM dari KK Bedong menghalang jalan, hon tapi tak endahkan. Kemudian reverse dengan laju dan langgar kereta saya!

Kereta rosak dan anak-anak trauma tengok kejadian depan mata. Tak sangka ada yang berani buat macam ni. Harap pihak berkuasa ambil tindakan cepat,” tulis ciapan itu.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi dari KKM atau pihak Klinik Kesihatan Bedong berkenaan isu ini.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.