Honda Meterai Kerjasama dengan Mizuno Bermula Musim 2026

SportsCars
19 Dec 2025 • 11:38 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Honda Racing Corporation (HRC) dan Mizuno secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik baharu, dengan jenama pakaian sukan Jepun itu dilantik sebagai pembekal rasmi uniform perlumbaan bermula musim 2026. Melalui perjanjian ini, semua jurutera dan kakitangan Honda HRC akan mengenakan uniform rekaan Mizuno dalam keseluruhan program perlumbaan utama Honda, merangkumi MotoGP, Formula 1, IMSA, IndyCar, Super Formula dan Super GT.

Kerjasama ini menandakan satu langkah bersejarah buat HRC apabila buat pertama kali satu bahasa reka bentuk tunggal digunakan merentas perlumbaan dua roda dan empat roda. Lebih signifikan, projek ini turut menjadi inisiatif bersama antara operasi HRC di Jepun dan Amerika Syarikat, dengan matlamat memperkukuh identiti global jenama HRC di semua paddock, tanpa mengira kategori.

Uniform baharu ini dijadual membuat penampilan sulung seawal awal musim 2026, bermula dengan ujian pra-musim IMSA “Roar Before the Rolex 24” di Daytona pada 17–18 Januari 2026. Rekaan penuh akan diperkenalkan secara rasmi pada pertengahan Januari.

Selain itu, HRC dan Mizuno turut merancang barisan produk merchandising khas, bagi membawa identiti HRC lebih dekat kepada peminat. Presiden HRC, Koji Watanabe, menyifatkan kerjasama ini sebagai simbol era baharu, seiring dengan kemasukan semula Honda ke Formula 1 pada 2026.

Teruskan bersama Two Wheels..!

image is not available

 HRC
#TwoWheels#TWmedia#TWinfo#TWgear#TWracing#fblifestyle#FourWheels