Honor 400 Dan 400 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM1899

TechnologyDigital
22 May 2025 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor 400 Dan 400 Pro telah dilancarkan di Malaysia hari ini dengan kedua-duanya sekali lagi memberikan tumpuan kepada kemampuan fotografi. Kita mulakan dahulu dengan Honor 400 Pro yang merupakan peranti yang lebih berkuasa antara dua model yang dilancarkan.

image is not available

Honor 400 Pro hadir dengan skrin 6.7 AMOLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, dipadankan dengan memori 12GB RAM, storan 512GB dan bateri 6000 mAh. Bateri boleh dicas semula 100W secara berwayar dan 50W secara nirwayar menggunakan sistem Honor SuperCharge.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP Super Sensing dengan OIS, lensa ultra lebar 12MP dan telefoto 50MP juga dengan OIS. Sementara itu di hadapan terdapat kamera swafoto 50MP. Tubuh peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP69 dan kemampuan ketahanan hentakan SGS 5-Star Premium Performance.

image is not available

Honor 400 pula hadir dengan skrin 6.55 AMOLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 7 Gen 3, dipadankan dengan memori 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 6000 mAh yang menyokong pengecasan 80W secara berwayar sahaja menggunakan sistem Honor SuperCharge.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP Super Sensing dengan OIS, dan lensa ultra lebar 12MP tanpa sistem zum periskop. Di hadapan terdapat kamera swafoto 50MP. Tubuh peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP66 dan kemampuan ketahanan hentakan SGS 5-Star.

Kedua-duanya hadir dengan perisian kamera potret Harcourt Portrait, simulasi seakan filem, AI Portrait Snap dan pelbagai lagi ciri AI seperti AI Image to Video, AI Outpainting, AI Eraser, AI Cutout
AI Remove Reflection dan Moving Photo Collage. Ciri ini Image to Video mungkin paling unik di pasaran kerana gambar pegun boleh digerakkan seakan video dengan ia dikuasakan oleh Google Gemini.

image is not available

Tidak ketinggalan ialah ciri AI yang membantu menulis, Magic Portal, pengesanan Deepfake, alih bahasa, merumuskan dokumen, Google Gemini dan Google Circle to Search. Sistem operasi yang digunakan adalah MagicOS 9.0 berasaskan Android 15. Ciri tambahan lain disertakan ialah sokongan NFC, pemancar infra merah, speaker stereo dan eSIM.

Di Malaysia harga jualan siri Honor 400 adalah seperti di bawah.

  • Honor 400 Pro (12/512GB) – RM2699

  • Honor 400 (12/256GB) – RM1899
  • Honor 400 (12/512GB) – RM2199

Pratempahan telah dibuka hari ini 22 Mei hingga 29 Mei 2025. Untuk tempoh pratempahan, Honor 400 dengan storan 512GB boleh dimiliki pada harga RM1899 sahaja. Pelanggan yang melakukan pratempahan Honor 400 Pro akan menerima hadiah percuma dalam bentuk kamera Instax Mini LiPlay dan jaminan tambahan setahun. Prartempahan untuk Honor 400 pula akan menerima fon kepala Honor Choice dan jaminan tambahan setahun.

image is not available