Honor 400 Lite Dilancarkan Dengan Butang Kamera Khusus

TechnologyDigital
7 Apr 2025 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor 400 Lite telah diperkenalkan sebagai sebuah peranti pertengahan dengan spesifikasi menarik. Ia hadir dengan skrin AMOLED 6.7-inci FHD+ 120Hz. Ia juga dikuasai dengan cip MediaTek Dimensity 7025-Ultra bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB. Peranti juga menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 dan mempunyai bateri 5230mAh dengan pengecasan 35W.

image is not available

Honor 400 Lite dilengkapi kamera utama 108MP (f/1.75) dengan sensor bersaiz 1/1.67 inci dan zum digital 10X.  Ia juga menawarkan kamera ultra-lebar 5MP yang juga berfungsi untuk sensor kedalaman, serta kamera hadapan 8MP untuk panggilan video dan swafoto. Telefon ini turut dilengkapi butang kamera khusus (AI Camera Button) yang terletak di bawah butang kuasa.

image is not available

Butang ini boleh digunakan untuk mengaktifkan aplikasi kamera, mengambil gambar, membuat rakaman video, dan melakukan zum. Dengan menekan dan menahan butang ini, pengguna dapat mengaktifkan ciri mencari objek di persekitaran mereka. Reka bentuknya juga menawarkan perubahan yang ketara berbanding versi Lite sebelum ini dengan elemen yang menyerupai sebuah Huawei Pura70.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved