“Ni Bukan Taman Tema Ya” – Ramai Persoal Tindakan Hias Kubur Guna Lampu Lip-Lap [Video]

7 Apr 2025 • 2:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Secara umumnya, kawasan tanah perkuburan dikaitkan dengan mereka yang sudah meninggalkan dunia ini. Ia juga akan menjadi rumah terakhir buat si mati selepas selesai dikebumikan.

Namun jika anda perasan, tanah perkuburan atau kepok-kepok yang dipilih oleh segelintir pewaris dilihat semakin moden. Sebelum ini, lokasi tanah perkuburan dipercayai di Indonesia telah menarik perhatian ramai selepas ia dibina dalam keadaan yang berbeza daripada kebiasaannya.

Kawasan tersebut dilihat seakan-akan sebuah perumahan kerana mempunyai deretan kediaman pelbagai bentuk dan warna. Ia dibina lengkap dengan pintu masuk, tingkap, bumbung dan dinding.

Bukan itu sahaja, sebahagian kubur dua tingkat itu juga ditutup menggunakan pagar besi.

Wanita Terkejut Lihat Lampu Lip-lap Dihiasi Di Tanah Perkuburan

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Shaficida (@shaficida8691) menunjukkan suasana sebuah tanah perkuburan yang terletak di Muar.

Kebiasaannya, kepok-kepok kubur akan diterangi dengan lampu tiang yang dipasang di kawasan tersebut.

Namun lain pula yang mencuri perhatian apabila sebuah kepok dihiasi dengan lampu lip-lap yang selalunya dipasang sebagai deko di rumah semasa waktu perayaan.

Dalam video tersebut kelihatan lampu terbabit digantung pada pokok yang ditanam pada kubur berkenaan. Menurut Shaficida, hiasan itu adalah kurang sesuai kerana tidak menghormati si mati.

“Tak pernah dibuat orang. Pewaris tak boleh hias lampu klip-klip (lip-lap) apa semua. Pewaris kena hias dengan pokok-pokok atau sebagainya,” kata wanita itu di ruangan komen.

Namun tidak dapat kami pastikan sama ada lampu meriah tersebut hanya dipasang bersempena dengan musim perayaan ini atau sebaliknya.

Tonton video penuh [DI SINI].

Perbuatan Hiasi Kubur Dengan Lampu Lip-lap Undang Perhatian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi melihat situasi di tanah perkuburan itu. Sesetengah individu berpendapat hiasan lampu itu adalah tidak wajar.

“Ini bukan tentang waris atau apa. Ni hukum dengan adab yang menerangi kubur. Sepatutnya (terangi kubur) dengan doa bukannya lampu macam ni,” kata seorang lelaki.

Malah ramai berkata bahawa pewaris sepatutnya membaca ayat al-Quran jika teringatkan insan tercinta yang sudah meninggal dunia.

“Kata orang, kalau rindu dengan yang sudah pergi cukuplah kita sedekahkan al-Fatihah atau pun bacaan surah Yasin,” ujar seorang warganet.

Sementara itu, segelintir pengguna TikTok turut berharap agar perkara tersebut tidak dijadikan satu trend di kalangan masyarakat pada masa akan datang.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@shaficida8691)

UAI Perjelas Hukum Hias Kubur Si Mati

Menerusi semakan kami, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) pernah mengulas tentang hukum pewaris menghiasi kubur si mati. Menurut beliau, hukumnya dibolehkan atau dilarang mengikut situasi masing-masing.

Antara perbuatan yang makruh hukumnya apabila pewaris mewarna atau mengecat kubur dengan tujuan menghias semata-mata.

Namun jelas UAI, sesetengah ulama berpendapat hukumnya harus jika mengecat dengan niat mahu kubur kelihatan bersih serta kemas.

image is not available
Sumber: Majlis Bandaraya Seremban

“Antara hiasan yang dimakruhkan apabila kita letak pagar lawa-lawa dekat kubur. Tak ada faedah untuk si mati. Masa mak hidup tu la kita pergi bersihkan (deko) rumah dia. Bila mati baru nak buat. Tak guna pun pagar-pagar tu.

“Batu nisan kita cat baru, bukan berhias hanya untuk nampak bersih. Ada ulama membolehkan. Kalau berhias, (kubur) bukan tempatnya kerana kubur itu bukan untuk dihias-hias. Tapi hukumnya yang muktamad adalah makruh,” ulas UAI lagi.

Source: