Honor Band 11 Pro Dan Band 11 Dilancarkan Dengan Sokongan GPS

TechnologyDigital
4 Aug 2026 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Band 11 Pro Dan Band 11 Dilancarkan Dengan Sokongan GPS

Honor secara rasmi memperkenalkan Honor Band 11 Pro dan Honor Band 11 di pasaran China. Gelang pintar generasi baharu ini hadir dengan pelbagai peningkatan untuk pengalaman harian yang lebih menyeluruh.

Image from: Honor Band 11 Pro Dan Band 11 Dilancarkan Dengan Sokongan GPS

Honor Band 11 Pro hadir dengan paparan OLED 1.61″ yang menyokong kadar segar semula 60Hz serta kecerahan maksimum 2,000 nits. Rekaannya menggunakan tubuh aloi aluminium bersama bateri silikon-karbon berkapasiti 400mAh yang mampu bertahan sehingga 26 hari. Peranti ini menyokong lebih 113 mod sukan dan fungsi penjejakan kesihatan, selain menambah sokongan panggilan Bluetooth, NFC, serta pilihan versi dengan GPS terbina. Ia turut dilengkapi ciri pintar seperti kawalan muzik, kawalan kamera, kemas kini cuaca, notifikasi mesej, fungsi Find My, pemasa dan pilihan muka jam yang lebih pelbagai.

Image from: Honor Band 11 Pro Dan Band 11 Dilancarkan Dengan Sokongan GPS

Honor Band 11 pula hadir dengan paparan OLED 1.57″ yang menyokong kadar segar semula 60Hz. Tubuhnya dibina daripada gentian polimer dengan ketebalan 8.99mm dan berat 15.3 gram. Ia menggunakan bateri 250mAh dengan ketahanan sehingga 18 hari serta menyokong ketahanan air 5ATM. Dari segi fungsi, band ini menawarkan lebih 113 mod sukan termasuk mod badminton profesional. Ia juga menyediakan penjejakan tidur, pemantauan kadar jantung, SpO₂, penilaian tenaga badan, pemantauan tekanan dan penjejakan kesihatan wanita. Selain itu, ia menambah ciri kajian kematian jantung mengejut yang dibangunkan oleh Honor.

Honor Band 11 dijual di China pada harga RMB269 (~RM162). Sementara itu, Honor Band 11 Pro ditawarkan pada harga RMB319 (~RM193) manakala versi dengan modul GPS terbina dijual pada RMB389 (~RM236).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved