Sekali Lagi Spesifikasi Honor Robot Phone Tertiris

TechnologyDigital
4 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekali Lagi Spesifikasi Honor Robot Phone Tertiris

Honor bakal memperkenalkan Robot Phone secara rasmi pada 12 Ogos 2026 di China dan dijangka menjadi model premium dengan spesifikasi berkuasa tinggi. Sementara itu, kemas kini yang dikongsi oleh Digital Chat Station (DCS) menunjukkan spesifikasi tertiris memperlihatkan ia akan hadir sebagai telefon mercu dengan penawaran premium.

Image from: Sekali Lagi Spesifikasi Honor Robot Phone Tertiris

Peranti ini dilaporkan bakal hadir dengan skrin LTPO OLED berukuran 6.3 inci dengan resolusi 1216 × 2640 piksel. Skrin tersebut dikatakan mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 6,800 nits dan turut dilengkapi lapisan anti-silau bagi memastikan paparan kekal jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Ia juga dijangka menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digandingkan dengan bateri 7,060 mAh serta menyokong pengecasan pantas 120W.

Image from: Sekali Lagi Spesifikasi Honor Robot Phone Tertiris

Honor dilaporkan turut melengkapkan peranti ini dengan tiga cip milik sendiri iaitu C1 yang berfungsi meningkatkan kecekapan frekuensi radio, E2 yang dibangunkan untuk memastikan pengurusan tenaga lebih baik dan H1 yang direka khusus bagi pemprosesan imej. Bahagian kamera dikatakan hadir dengan sistem gimbal. Ia menampilkan kamera utama 200MP f/1.6 menggunakan sensor 1/1.28” bersama telefoto periskop 200MP f/2.6 yang menyokong zum optikal 2.7x menggunakan sensor 1/1.4”.

Butiran ini masih berbentuk spekulasi dan hanya akan terjawab sepenuhnya apabila majlis pelancaran rasmi berlangsung kelak.

Sumber – Weibo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved