Honor Jalin Kerjasama Dengan ARRI – Bawa Standard Sinematik Profesional Ke Telefon Pintar

EntertainmentTechnology
2 Mar 2026 • 1:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerjasama antara pengeluar telefon pintar dengan syarikat kamera atau produksi bukanlah sesuai yang asing dalam dunia teknologi. Misalnya, vivo bekerjasama dengan ZEISS, Oppo dengan Hasselblad dan Realme dengan RICOH. Kini, Honor pula mengambil langkah unik dengan menjalinkan kerjasama dengan ARRI iaitu sebuah nama besar dalam penghasilan kamera professional untuk industri perfileman.

image is not available

Melalui kerjasama strategik ini, Honor berhasrat membawa piawaian sinematik ARRI ke dalam peranti pengguna generasi baharu, khususnya telefon pintar. Dengan menggabungkan keupayaan pengimejan mudah alih bersama kepakaran ARRI dalam kualiti imej sinematik, kerjasama ini sekal igus membolehkan pengguna menghasilkan kandungan dengan warna yang lebih semula jadi, pencahayaan yang autentik serta kedalaman imej yang menyerupai hasil filem professional.

image is not available

ARRI menegaskan bahawa cabaran utama dalam kerjasama ini bukanlah ‘meniru’ perkakasan kamera filem sebaliknya menyampaikan prinsip sinematik ke dalam sebuah peranti mudah alih yang padat serta mampu berfungsi secara masa nyata. Dengan pendekatan ini, pengalaman sinematik dapat dibawa terus ke telefon pintar tanpa menjejaskan penggunaan harian. Hasil pertama daripada kerjasama ini dijangka hadir melalui HONOR ROBOT PHONE yang bakal dilancarkan pada tahun ini.