Honor Blade Battery Berkapasiti Besar Tetapi Nipis

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor memperkenalkan Magic V6 di MWC 2026 semalam dengan dua kelebihan utama. Pertama, ia hadir dengan tubuh senipis 8.75mm apabila dilipat. Kedua, ia dilengkapi bateri sebesar 6660mAh yang hampir mencecah 7000mAh sekali gus menjadikannya telefon lipat mercu pertama dengan kapasiti itu.

Persoalannya, bagaimana Honor mampu mencapai tahap ini? Jawapannya terletak pada teknologi baharu dikenali sebagai Blade Battery yang turut diperkenalkan bersama Magic V6. Telefon itu sendiri dilengkapi bateri silikon-karbon 6,660mAh di mana kapasiti terbesar pernah digunakan dalam sebuah telefon lipat. Namun kehebatan sebenar ‘Blade Battery’ ialah keupayaannya meningkatkan kandungan silikon sehingga 32% sekali gus menjadi penyelesaian untuk telefon lipat akan datang dengan bateri melebihi 7,000mAh.

image is not available

Difahamkan, sel generasi baharu ini mampu mencapai ketumpatan tenaga melebihi 900 Wh/L. Nama Blade bukan sekadar gimik kerana bateri ini benar-benar direka senipis kad permainan. Sementara itu, Magic V6 menggunakan bahan silikon-karbon generasi kelima hasil kerjasama dengan ATL dengan kandungan silikon sebanyak 25%.