Honor X50 Pro Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1

TechnologyDigital
29 Dec 2023 • 5:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor mengumumkan peranti baharu X50 Pro di China pada hari ini. Ia menggunakan bonggol kamera bulat bersama panel hadapan melengkung yang berlubang kecil. Peranti juga disediakan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan hijau berkilauan.

image is not available

Untuk spesifikasi skrin adalah sejenis AMOLED 6.78″ beresolusi 2652 X 1200 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ini digabung pula dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama.

Bateri 5800mAh disertakan menyokong pengecasan 35W yang juga menjanjikan ketahanan berpanjangan meskipun selepas empat tahun digunakan. Selanjutnya kamera pula sebesar 108MP + 2MP di belakang dan swafoto 8MP. Honor X50 Pro dijual di China pada RMB2799 (~RM1,807) sebuah.