Telefon lipat sering dianggap rapuh tetapi HONOR mahu mengubah persepsi itu. Selepas HONOR Magic V3 diuji dalam mesin basuh dan HONOR Magic V5 menggantung sofa, kini tiba giliran HONOR Magic V6 untuk membuktikan sesuatu yang lebih luar biasa. Ia diuji dengan demonstrasi ekstrem iaitu menarik sebuah kapal terbang komersial sejauh 150 meter. Kedengaran mustahil namun itulah bukti bahawa ketahanan bukan sekadar slogan.

Ujian ini bukan sekadar omongan kosong sebaliknya dilakukan secara terbuka untuk memberi orang ramai peluang melihat sendiri tahap ketahanan yang ditawarkan. Pada masa yang sama ia menjawab kebimbangan pengguna tentang telefon lipat seperti risiko jatuh, engsel longgar, skrin mudah rosak atau reka bentuk yang terlalu tebal. Dengan kemunculan HONOR Magic V6 semua keraguan itu terpadam.

Bayangkan selepas menarik kapal terbang telefon ini masih berfungsi seperti biasa tanpa sebarang kesan bengkok. Tidak berhenti di situ ia turut digunakan untuk menarik sebuah kereta sport sejauh 30 meter dan tetap berfungsi dengan lancar. Malah dalam demonstrasi lain HONOR Magic V6 turut mampu menampung berat penuh seorang dewasa ketika melakukan aksi tarik badan. Hasilnya tetap sama, tiada kerosakan ketara dan skrin masih berfungsi dengan baik.

Kesemua ujian ini bukan sahaja bukti ketahanan tetapi juga simbol keyakinan bahawa telefon lipat boleh tahan lasak, praktikal dan bersedia menjadi pilihan utama tanpa kompromi.
Super Steel Hinge Yang Kukuh
Setiap telefon lipat ada titik lemah dan biasanya ia terletak pada engsel. HONOR sedar perkara ini, lalu mereka membangunkan HONOR Magic V6 dengan rahsia utama yang dinamakan Super Steel Hinge. Engsel ini diperbuat daripada keluli tahan lasak dengan kekuatan sehingga 2800 Mpa.

Angka itu bukan sekadar nombor di atas kertas. Ia bermakna engsel HONOR Magic V6 75% lebih kukuh berbanding keluli biasa yang digunakan pada telefon lipat lain. Untuk memberi gambaran, kekuatan ini hampir dua kali ganda daripada keluli berketahanan tinggi yang digunakan dalam kabin kenderaan elektrik sekitar 1500 MPa. Tidak hairanlah ia diiktiraf sebagai salah satu jenis keluli khusus yang boleh diharapkan dan telah digunakan secara komersial.

Namun kekuatan bahan bukan satu satunya kelebihan HONOR Magic V6. HONOR turut mereka bentuk sistem engsel dengan lebih bijak. Reka bentuk baharu ini menjadikan sokongan mekanikal lebih ringkas dan paparan lebih rata setiap kali dibuka. Gerakan lipatan dengan radius besar terasa lebih lancar, seolah olah anda membuka sebuah buku, bukan sekadar telefon. Ketahanan engsel ini pula telah diuji dengan 500,000 kali lipatan oleh SGS (Société Générale de Surveillance).

Jika dikira, angka itu bersamaan lebih 13 tahun penggunaan dengan andaian telefon dilipat sebanyak 100 kali setiap hari. Gabungan bahan kukuh dan reka bentuk yang bijak menjadikan HONOR Magic V6 lebih daripada sekadar telefon lipat. Ia adalah simbol keyakinan bahawa teknologi lipat boleh tahan lasak.
Gabungan Bahan Premium
HONOR tahu bahawa ketahanan telefon lipat bukan hanya bergantung pada engsel. Sebab itu badan HONOR Magic V6 dibina dengan bahan premium yang tahan lasak. Walaupun beratnya hanya 219 gram, ia tetap terasa kukuh di tangan.

Ketebalan ketika dilipat ialah 8.75mm manakala apabila dibuka ia hanya 4mm. Nipis dan ringan, tetapi masih kuat kerana HONOR menggabungkan bahan premium dengan teknologi kecerdasan buatan. Teknologi AI ini bukan sekadar teori. Ia telah diuji dengan berjuta-juta simulasi jatuh dalam pelbagai keadaan. Setiap kali berlaku hentakan, sistem akan menyebarkan tekanan secara rata ke seluruh struktur telefon. Dengan cara ini, risiko skrin retak atau engsel longgar menjadi jauh lebih rendah.

HONOR Magic V6 turut menggunakan bahan bertaraf aeroangkasa untuk struktur badannya. Hasilnya, telefon ini bukan sahaja lebih nipis dan ringan, malah lebih kukuh berbanding banyak telefon mercu tradisional. Reka bentuk yang nipis tetapi tidak rapuh ini terhail daripada pelaburan besar dalam kajian bahan dan proses pembuatan yang teliti. HONOR juga menggunakan simulasi AI untuk memastikan setiap bahagian HONOR Magic V6 benar-benar boleh dipercayai.

Melalui sistem ini, peranti mampu meniru jutaan senario jatuh di dunia sebenar. Setiap hentakan dianalisis dengan teliti, dan laluan tekanan dioptimumkan supaya tersebar ke skrin, engsel, serta struktur dalaman. Dengan cara ini, tekanan tidak tertumpu pada satu titik kritikal, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan.
Skrin Tahan Lasak
Selain badan yang kukuh, paparan luar HONOR Magic V6 dilindungi dengan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield Screen. Lapisan perlindungan khas ini menjadikan skrin lebih tahan jatuh, sukar tercalar, dan anti-silau. Untuk membuktikan, HONOR siap menguji dengan mesin gerudi dan hasilnya hampir tiada kesan calar.

Skrin dalam HONOR Magic V6 pula menggunakan HONOR Magic Diamond Screen dengan kaca fleksibel UTG. Digabung dengan engsel yang tepat, ia mampu menahan lipatan harian tanpa meninggalkan kesan lipatan kekal. Kedua-dua skrin luar dan dalam sentiasa jelas dan vivid, sama ada di bawah cahaya matahari atau dalam keadaan gelap. HONOR Magic V6 juga hadir dengan penarafan IP68 dan IP69, menjadikannya tahan air dan debu pada tahap tinggi. Jarang sekali ada peranti boleh lipat dengan tahap penarafan sebegitu.

Untuk menambah keyakinan pengguna, HONOR menawarkan servis selepas jualan yang meyakinkan dengan jaminan kualiti ‘worry-free’ selama 2 tahun, lebih panjang daripada standard industri, serta perlindungan skrin luar dan dalam selama 1 tahun jika berlaku kerosakan.
Akan Datang ke Malaysia
Daripada demonstrasi ekstrem seperti menarik kapal terbang dan kereta, HONOR Magic V6 jelas bukan sekadar telefon lipat biasa. Ia adalah telefon lipat yang dibina untuk menahan cabaran sebenar. HONOR Magic V6 juga membuktikan bahawa telefon lipat boleh hadir dalam bentuk yang nipis, ringan, dan kukuh. Dengan penggunaan bahan premium, sokongan teknologi AI, skrin tahan lasak serta penarafan IP68 dan IP69, ia menetapkan satu piawaian baharu dalam dunia telefon lipat. Nantikan kemunculan rasmi HONOR Magic V6 di Malaysia pada bulan Jun nanti.
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia.


